Posts

KEMAHIRAN PENTING KEPADA GRADUAN MASA DEPAN (INFORMATION SKILLS)

Image
PENGENALAN          Pada masa kini, ramai orang telah tahu bahawa di dalam dunia kerjaya masa kini terdapat banyak persaingan yang kian mencabar.Di dalam peribahasa melayu juga ada menyebutkan “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Peribahasa ini sebenarnya sesuai ditujukan kepada bakal graduan yang akan menamatkan pengajian mereka di Institusi- institusi Pengajian Awam (IPTA) dan Pengajian Swasta (IPTS), dimana mereka akan berdepan dengan cabaran yang hebat dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan serta kursus yang diambil semasa belajar. Mahu atau tidak, bakal graduan yang bakal menamatkan pengajian akan menghadapi kesukaran dalam mencari pekerjaan, seandainya mereka kurang menguasai pelbagai kemahiran yang perlu ada dan perlu dikuasai oleh bakal graduan ketika berada di universiti. Apatah lagi budaya persaingan dalam konteks pekerjaan sama ada dalam bidang swasta atau kerajaan semakin tinggi dan seringkali menjadi punca graduan menganggur. Memiliki segulung ijaza