KEMAHIRAN PENTING KEPADA GRADUAN MASA DEPAN (INFORMATION SKILLS)

PENGENALAN


         Pada masa kini, ramai orang telah tahu bahawa di dalam dunia kerjaya masa kini terdapat banyak persaingan yang kian mencabar.Di dalam peribahasa melayu juga ada menyebutkan “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Peribahasa ini sebenarnya sesuai ditujukan kepada bakal graduan yang akan menamatkan pengajian mereka di Institusi- institusi Pengajian Awam (IPTA) dan Pengajian Swasta (IPTS), dimana mereka akan berdepan dengan cabaran yang hebat dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan serta kursus yang diambil semasa belajar. Mahu atau tidak, bakal graduan yang bakal menamatkan pengajian akan menghadapi kesukaran dalam mencari pekerjaan, seandainya mereka kurang menguasai pelbagai kemahiran yang perlu ada dan perlu dikuasai oleh bakal graduan ketika berada di universiti. Apatah lagi budaya persaingan dalam konteks pekerjaan sama ada dalam bidang swasta atau kerajaan semakin tinggi dan seringkali menjadi punca graduan menganggur. Memiliki segulung ijazah sahaja tidak akan menjamin seseorang bakal graduan itu untuk terus memiliki pekerjaan. Perkara yang akan diambil kira oleh majikan-majikan yang ingin memberi gaji kepada mereka. Oleh itu, suka atau tidak, para bakal graduan sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan, selain daripada mempersiapkan diri seawal mungkin dengan pelbagai kemahiran,agar dapat berdepan dengan cabaran dalam persaingan mencari pekerjaan. Secara amnya, bakal graduan perlu menitik beratkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai ketika berada di kampus, agar dapat berdepan dengan cabaran dalam mencari pekerjaan, seterusnya mampu melahirkan modal insan kepada negara. Terdapat beberapa kemahiran yang akan dinilai oleh majikan-majikan yang ingin mengambil para bakal graduan menjadi pekerja.



 KEMAHIRAN - KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI OLEH GRADUAN


        Perancangan kerjaya amat penting kerana pasaran kerja pada masa kini lebih dinamik dan lebih mementingkan kualiti seseorang graduan. Hal ini terjadi adalah ekoran daripada perubahan pesat dalam penggunaan teknologi dan kepelbagaian permintaan keperluan oleh majikan. Sebelum melangkah ke alam pekerjaan graduan perlu membuat persiapan dari pelbagai aspek terutamanya kemahiran insaniah yang diperlukan dan mereka tidak lagi harus bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata. Antara kemahiran- kemahiran yang perlu dikuasai oleh graduan adalah seperti: 


 1)    KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

         Kemahiran yang paling utama yang perlu dikuasai oleh bakal graduan ialah Kemahiran Berkomunikasi. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu diutamakan kerana majikan akan meneliti dan menguji graduan samaada kemahiran berkomunikasi mereka adalah benar-benar pada tahap yang diingini. Memandangkan pada masa ini Malaysia merupakan salah sebuah negara dunia ketiga yang pesat membangun,maka tidak hairanlah mengapa Malaysia pada masa ini dibanjiri oleh pelabur-pelabur asing yang ingin menjalankan perniagaan yang sesuai dengan iklim ekonomi negara. 


 2)    KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH 

         Selain itu, penguasaan dalam Kemahiran Penyelesaian Masalah juga penting kepada bakal graduan dalam mencari kerja. Kemahiran ini adalah di antara kriteria yang paling penting dan utama kepada majikan dalam mencari pekerja. Menurut Ramon Chelvarajasingan, Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank, rata-rata graduan luar adalah lebih maju dari aspek pemikiran kiritikal, lebih inovasi , malah berfikir di luar kebiasaan serta bermotivasi tinggi untuk maju ke hadapan, utama insiatif pembagunan secara berterusan, berbanding graduan di Malaysia. Maka, perlu bagi bakal graduan untuk cuba memajukan diri dengan mempersiapkan diri mereka di dalam menguasai kemahiran ini. Malah, dari satu sudut pula, kemahiran penyelesaian masalah ini perlu dikuasai kerana ini merupakan satu kelebihan kerana dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan dari pelbagai aspek. Maka, bakal graduan perlu mengambil peluang yang ada ketika menjalani praktikal untuk sama-sama terlibat dalam situasi yang memerlukan penyelesaian masalah dengan memberi sumbangan idea yang bernas bagi menyelesaikan masalah. Kemahiran ini juga adalah di antara kriteria-kriteria penting yang perlu ada pada bakal graduan di dalam proses mencari kerja kelak. 


 3)     KEMAHIRAN BERPASUKAN

       
         Kemahiran yang perlu ada dan dikuasai oleh para graduan dan yang diingini majikan juga ialah Kemahiran Kerja Berpasukan. Persaingan yang berlaku dalam dunia pasaran pekerjaan di antara para bakal graduan yang telah menamatkan pelajaran saban tahun menyebabkan ramai graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan. Seharusnya para bakal graduan perlu menggunakan situasi tersebut dengan cuba untuk mengumpul seberapa banyak kemahiran yang perlu digunakan selepas habis belajar kelak. Kemahiran kerja berpasukan adalah berbeza daripada kerja individu. Kerja berpasukan menuntut seseorang itu bekerja dengan lebih ramai orang tetapi dalam satu kumpulan. Komitmen yang tinggi sangat dituntut dalam kerja berpasukan. Seseorang itu perlu menunjukkan dia adalah seorang pemain di dalam pasukan tersebut, selain mampu dan keupayaan untuk menguruskan dan menjadi wakil dalam tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga menuntut agar seorang itu mampu serta dapat membina hubungan yang positif dengan rakan sekerja, sekaligus dapat membantu mencapai matlamat kerja dan objektif perniagaan yang dijalankan, malah mampu meningkatkan kualiti kerja. Pendedahan yang diberikan atau yang ditimba ketika menjalankan sesi praktikal perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh para bakal graduan, kerana ketika sesi praktikal inilah mereka akan didedahkan dengan pengalaman kerja berkumpulan serta membina hubungan dengan orang lain, iaitu rakan sekerja.


 4)    KEMAHIRAN PENGURUSAN 

    Seterusnya, bakal graduan perlu memiliki Kemahiran Pengurusan. Melalui kemahiran ini, majikan akan menilai samaada graduan itu mampu menguruskan sesuatu yang akan dipertanggungjawabkan kepadanya. Malah, majikan juga akan mempastikan juga samaada graduan itu mampu melakukan kerja secara efisien dan produktif, untuk menjamin kualiti kerja yang baik serta pada tahap yang diingini. Dalam kemahiran pengurusan ini, perkara yang sangat penting juga ialah pengurusan masa. Kemampuan mengurus yang baik terutamanya di dalam memutuskan untuk melakukan kerja yang perlu diberi keutamaan dan fokus serta perlu diselesaikan mengikut masa juga akan diambil kira oleh majikan. Kemahiran pengurusan yang baik adalah bonus buat sesuatu organisasi kerana bukan sahaja mempunyai pekerja yang cekap dan efisien dalam melakukan tugasan yang diberi, tetapi jua sebagai jaminan kepada penghasilan kerja yang berkualiti, malah mampu memuaskan hati pelanggan.


 5)     KEMAHIRAN KEPIMPINAN 

    Selain itu, Kemahiran Kepimpinan juga perlu dikuasai oleh bakal graduan. Kejayaan sesebuah perniagaanatau jatuh bangunnya sesuatu itu adalah berdasarkan kepada kepimpinan. Kriteria ini juga penting untuk dikuasai oleh bakal gradua, sebagai salah satu daripada antara beberapa kemahiran-kemahiran yang penting untuk dikuasai. Walaupun bakal graduan tidak akan memegang jawatan tertinggi teru ketika menceburkan diri di dalam bidang pekerjaan, namun mereka perlu menunjukkan potensi sebagai seorang pemimpin, yang mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan, seterusnya melaksanakan tugas tersebut kerana ciri-ciri kepimpinan juga akan dinilai oleh majikan. Mereka juga perlu mampu menunjukkan potensi dalam memotivasikan serta memberi dorongan kepada rakan sekerja yang akan bekerja bersama mereka. Apa yang paling penting dalam sikap kepimpinan ini ialah bakal graduan perlu tahu tentang yang diberi dengan baik, menentukan tarikh akhir tugasan serta menunjukkan kepimpinan dengan memberi contoh yang baik kepada orang lain atau rakan setugas yang lain. Kemahiran sebenarnya telah dipupuk ketika menuntut di Universiti di kalangan para bakal graduan, samaada secara langsung mahupun tidak langsung.

CADANGAN UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA GRADUAN MASA DEPAN DIBEKALKAN DENGAN KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN

Cadangan kepada Institusi-Institusi Pendidikan

Institusi-institusi pendidikan perlu mengambil kesempatan, agar memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah khasnya tentang kerjaya yang ditawarkan kelak dengan mengikuti pengajian yang ditawarkan di universiti-universiti tempatan. Dengan adanya pendedahan ini kepada murid-murid sekolah, maka secara tidak langsung, ini akan dapat membantu mereka lebih bersedia sedari awal apakah bidang yang ingin diceburi kelak ketika menuntut di universiti. Mereka akan dapat mengumpul seberapa banyak keperluan yang penting, seperti kemahiran-kemahiran insaniah yang perlu dikuasai dan dimiliki sebelum melangkahkan kaki ke gerbang kerjaya kelak.


Cadangan kepada Badan Kerajaan 

 Badan kerajaan yang berkenaan ialah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran, selain badan-badan kerajaan lain yang berkaitan dengan pelbagai bidang. Dengan adanya kerjasama ini, maka akan lebih banyak lagi program dapat diadakan dalam membantu bakal graduan meningkatkan lagi tahap kreativiti mereka, sekaligus dapat mengetengahkan bakat serta membantu mereka mempersiapkan diri berdepan cabaran global pasaran kerja dan menguasai malahan mengasah kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri untuk mencari pekerjaan kelak dengan berasaskan program-program yang mampu merangsang kemahiran berfikir mereka. Sebagai contoh pada masa ini, pihak berkenaan menganjurkan Pertandingan Robotik, yang antara lainnya bertujuan mendidik bakal graduan dalam menghasilkan karya yang canggih untuk manfaat generasi akan datang.


Comments

  1. Tahniah mira kerana telah berjaya siapkan tugasan cikgu untuk kali ini. terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment